Monday, October 26, 2009

dinner bnk09


semua melaram sakan malam nih...tak sangka kawan2 ku selama ni ada bakat jadi model pakaian.Ada yang bergaya sakan mengalahkan mak datin, ada yg ala2 busana muslimah gitu...n macam2 lagi la...hehe







dinner 4 budak2 bnk09...

dear all my beloved friends...

when we met...it was a LUCK...
when we talk..it was by CHANCE...
when we become friends..it was a DESTINY...
we are still friends..its a DECISION...
AND........
.................................................................

we will always be friends...thats a PROMISE!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

waiting...



Hari2 terakhirku di dalam kelas... tggu clas nak start time ni... mengabdikan sedikit kenangan yang hampir menuju ke hari2 terakhirnya...huhu...sedih...





Yang pastinya aku akan merindui semua teman2 especially geng budak2 kaunseling yg dah lama melayari bahtera duduk sekelas...belajar sekali, bergurau senda hari2 dan macam2 kenangan lagi...tak sangka kite semua dah nak habis study... nak g praktikum dah...pas ni nak kena bawa imej cikgu merangkap kepada kaunselor kat sekolah plak..aku mayb ad yg panggil ustazah kot coz buat praktikum kt sek agama.hehehe..xdela....
nak jumpe kawan2 lain tu memang dah susah..hmmm...sedih...

pepun buat kawan2 ku semua...selamat berjaya untuk menyiapkan tesis masing2 n selamat menghadapi final exam yg akan dtg...all the best! anda semua VERY GOOD!

Sunday, October 18, 2009

Jom g K. Lipis!




Jom pergi Pahang...!
Tambang separuh..hehe...

Al-kisah la, aku bersama dengan 4 org lagi rakan yang terpaksa bergegas ke negeri Pahang Darul Makmour coz ada antara kawan-kawan seperjalanan aku yang balik untuk edar soal selidik n buat program kat sana..semua ni gara-gara kene buat tesis sem ni. Serabut juga kepala mengenangkan tesis sendiri yang tak settle lagi...edar soal selidik pun belum lagi time ni. Ada hati nak g jalan2 lagi n berpijak di bumi kuala Lipis buat kedua kalinya...hehe

Dapat tengok n tolong cik mis buat program puas gak la hati. Apa2 pun, pujian dan sekalung tahniah kepada misnah coz berjaya buat program kat adik2 SMK Clifford. ..anda memang HEBAT! Very GOOD!

Balik daripada Pahang tu, Qada' tido berhari-hari balik untuk menyegarkan kembali tenaga yang ada.hehe...lepas tenaga dicas kembali di tahap maksimum, yarghhh....
kini aku kembali....kembali dengan semangat baru...hehe
giliran aku untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tesis sendiri..hehe

ainul....BERUSAHA!!!!


Last moment...







hmmm...ni time nak balik raya hari tu...malam tu memang best coz ramai kawan2 yg balik sekali..memg meriah...
dalam kemeriahan tu, terselit juga rasa sedih coz ni la pengalaman terakhir balik raya bersama kawan2 kat UPSI ni...huhu...sedih...
apa2 pun aku akan abadikan segala kenangan terindah di bumi tanjung malim ni...

Indahnya DUNIA hanya sementara...
Indahnya CINTA hanya seketika...
Indahnya MIMPI kadang tak pasti...
Indahnya PERSAHABATAN sukar di cari ganti (^.^)

Saturday, September 12, 2009

Waiting 4 RAMADHAN...

Ermmmm...sedar tak sedar dah nak abis bulan ramadhan tahun ni...ni la kali terakhir aku berpuasa di bumi UPSI tercinta bersama rakan-rakan seperjuangan especially geng budak2 umah kat b112 KAB, kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim Perak. Kepada dura, shahida, pzah, shikin n nadiah selamat menghabiskan puasa tahun ni dan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Di kesempatan ini, aku dengan rendah diri, rendah hati dan hati terbukanya ingin meminta sekalung ribuan minta maaf tidak terhingganya jikalau diri ini ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang kita melayari bahtera duduk serumah.hehehe...

Tidak lupa juga kepada yang sangat dirindui mizah n ema comei...semoga anda berdua gembira melalui hari-hari yang mendatang dengan tenangnya. Kenangan bersama anda berdua di bulan ramadhan dan hari-hari yang lalu tetap dalam ingatan. Anda berdua memang BEST dan HEBAT!

Akhir sekali kepada rakan2 di UPSI mahupun rakan2 lain yang mengenali diri ini, tidak kira la di mana sahaja anda berada,SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

Tak sabar nak menanti ramadhan yang akan datang...
macam mana pula keadaannya...
yang pasti aku akan merindui segala kenangan ramadhan di bumi tanjong malim ni...huhu

pengalaman memberi kita satu kenangan...
kenangan memberi kita satu pengajaran...
pengajaran membawa kita kepada kematangan...

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Thursday, August 27, 2009

Perjalanan yang panjang...



"Lebatnye, hujan...nasib baik la kita duduk bawah khemah..." sambil menikmati hidangan kuewteow kerang, angin yang sepoi-sepoi bahasa pada mulanya, mata memandang lenggok2 manusia, sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan yang Maha Esa, mulut bercerita pelbagai perkara...

Mata yang sedang asyik...Tiba2,seperti babak dan gerak perlahan terpandang bumbung khemah yang sedang terangkat di bawa oleh angin...seakan-akan dalam keadaan buntu dan kaget...aku sukar nak mempercayai apa yang ku lihat...lebih kurang dalam masa 3 4 saat la...selepas itu aku mula mengorak langkah untuk melarikan diri, sambil bermonolog sendirian "tolonglah percaya aku sedang berlari-lari di dalam hujan lebat, bertemankan kilat yang sabung menyabung"... Ku lihat kawan2 seangkatanku telah lari meninggalkan tempat kejadian...aku yang tertewas di belakang. Dalam keadaan kekalutan itulah,beg yang ku bawa pula jatuh di bawah meja yang hampir tumbang juga ditiup angin kencang. Arghhhh....tidak...aku tidak akan meninggalkan beg aku sendirian. Walau apapun yang terjadi aku tetap akan menyelamatkannya. Banyak peninggalan dan harta berharga aku di dalammya... Nasib aku baik, aku berjaya mengambilnya dengan sekuat tenaga dan terus berlari selepas itu...

Dalam keadaan yang kelam kabut begitu, aku dapat melihat setiap manusia berusaha menyelamatkan diri masing2. Yang penting masa tu, memang nyawa...Aku dan rakan2 seperjuangan hari tersebut iaitu seramai 3 org (shadida,dure n pzah) berjaya menyelamatkan diri dan berteduh di bawah bangunan. Nasib baik la dapat jumpa cari ke tiga3 rakanku tersebut.huh...Kami cuba mengelak daripada berada di tempat air yang bertakung kerana menurut hukum sains, air adalah konduktor elektrik yang baik. Menurut pzah, semasa sedang berlari menyelamatkan diri, dia ternampak arus elektrik akibat daripada pancaran kilat. Nasib baiklah tiada sesiapa yang cedera ketika itu.

Dalam keadaan basah lencun yang menyebabkan imejku habis tercalar, aku dapat memerhatikan keadaan sekeliling...Kilat masih sabung menyabung...lensa kamera berkedip-kedip merata-rata...arghhh....habisla kalau tertangkap gambar kitorang. Jatuh imej satu Malaya. Esok kena tengok paper ni kot2 ada aksi-aksi lawak ketika menyelamatkan diri tadi...hahaha...tiba-tiba mataku terlihat seorang budak lelaki kecil yang sedang berada dalam keadaan kesejukan yang teramat sangat. Terketar2 badannya...kesiannya...aku pegang tangannya supaya mendapat haba. Rasa macam nak peluk je..belum cukup umur lagi tu..hehe..kalau tidak berdosa besar la aku..hehehe.Tapi nasib baik la mak die ada kat sebelah...

Selepas beberapa ketika, ribut yang melanda semakin reda...hujan renyai2 masih turun membasahi bumi. Kami berempat meredah hujan dalam keadaan basah lencun dengan matlamat ingin meraikan hari bersejarah kakak kepada kawanku (shadida) yang bergraduat pada hari tersebut... Walaupun dalam keadaan yang masih trauma dengan kejadian, kami masih mampu memegang watak utama yang gembira dan ceria meraikan hari bersejarah tersebut. Siap ambil gambar lebih daripada ahli keluarga yang meraikan hari tersebut. Arghhh....hidup mesti diteruskan dengan gembira juga...imej mesti maintain di depan orang ramai pada hari tersebut...hehehe











Dalam keadaan basah lencun masih mampu tersenyum dengan gembiranya.hehe

Bila rasa dah cukup banyak ambil gambar, Kami mula bertolak balik daripada tempat kejadian apabila hari sudah beransur gelap...sampai je kat pudu dah dekat pukul sepuluh...cuma terlewat 5 minit je(semua ni gara-gara aku dan shadida yang pergi menunaikan hajat yang dah jadi haba pendam pelakuran...hehe). Dura dan pzah bergegas ke kaunter tiket..dan akhirnya, malang tidak berbau, semua bas ke tanjung malim dah habis...tidakkk...rasa nak menjerit je...esok dah la kelas pagi...macam2 ikhtiar dibuat. Kami dibantu oleh kakak yang menjaga kaunter tiket di pudu untuk mendapatkan kenderaan pulang. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami malam itu, semua teksi pun dah tak ada...fikir punya fikir...akhirnya keputusan muktamat dibuat, kami terpaksa melupakan tanjung malim pada malam tersebut. Dengan bantuan kakak tersebut kami berjaya mendapatkan bas terakhir ke sg buluh dengan matlamat menumpang tidur di rumah saudara pzah, pada malam tersebut. Nasib baiklah ada juga saudara, kalau tidak??(TERIMA KASIH KEPADA AKAK PENJAGA TIKET DAN SAUDARA PZAH. TAK SEMPAT PULA NAK TANYA NAMA.HEHE... JASA KALIAN TETAP DIKENANG. MOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK TERSEBUT)

Keesokannya kami berjaya pulang ke tanjung malim dengan menaiki train daripada sg buluh. Nampak je bumi tanjung malim yang indah dan permai...lega rasanya...dapat juga aku menyambung pengajian kembali di UPSI.hehehe...(kepada cik Nani dan Puan Naza,anak-anak muridmu meminta maaf di atas ketidakhadiran kami ke kelas pada hari tersebut. Apakan daya, kami insan lemah....hehe)Apa-apa pun, pengalaman sepanjang hari tersebut merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami. Sebelum ini, hari-hari biasa yang dirasakan terlalu singkat dirasakan terlalu lama di hari tersebut. Pengajarannya....Rupa-rupanya banyak perkara yng boleh dibuat dalam masa sehari tu.hehe.sebelum ni, banyak masa dihabiskan dengan tidur je.hehe.Macam-macam peristiwa lagi yang tidak dapat diceritakan dan gambarkan dengan kata-kata. Yang paling pentingnya, aku sangat bersyukur yang kami berempat masih lagi bernyawa sehingga sekarang. ALhamdulillah....

Tuesday, August 11, 2009

gara-gara H1N1



7 hari bulan 8

Entahla, malam ni susah pulak rasa nak tidur. Tak tahu nak buat apa, buka laptop la. Rajin pulak rasanya nak bercerita kat sini. Boleh masuk blog nanti..hmmm...

Tanjung malim dilanda H1N1. Gara-gara wabak ni, seluruh warga UPSI cuti...hmmm...nak kata seronok cuti tak ada la sangat..nak kata tak seronok tak juga...dapat relax2.hehehe...Cuma bila dah lama sangat cuti, mula nak bosan. Teringat pula waktu pengumuman di kolej kesayanganku, kolej Aminuddin Baki (KAB), hehe..yang terletak jauh dari hiruk pikuk dunia, dengan udara yang nyaman, pemandangan yang berseri-seri dengan tumbuh-tumbuhan menghijau..hanya bas UPSI yang kelihatan selalu berlegar-legar di persekitaran yang udaranya sangat bersih, angin sepoi-sepoi bahasa...hehe...kena selitkan unsur lewah di sini coz nak menggambarkan keadaan sebenar di kolejku, kerana ramai yang tak puas hati merangkap kepada dengki la kot..selalu pula nak kata tempat kolejku, tempat jin tendang la...padang jarak padang terkukur la...ade ke patut?? Biar la apa org nak kata, yang penting,

Di sini segalanya bermula,
Restu ayah dan bonda,
Lalaala...
Kolejku. KAB...

tak ingat lirik la...2 baris pertama n baris terakhir je yang ingat.
Lagu KAB..
Makluma, nyanyi waktu orientasi sem 1 je dulu...hehe

Berbalik kepada kisah pengumuman tadi, waktu tu aku berada di bilik sedang lagho, tengah buka youtube tengok cite....tiba2...

‘nuninu, ko tak tidur lagi....’

Nuninu nama samaran terbaruku yang hanya dipanggil oleh shadida (nama glamour untuk die.hehe). Nama aku ainul nadiyah la...hehe...sebelum ni, nama glamour aku , inon, nun...sekarang ada lagi 1 nuninu. Hai, mana plak die dapat ilham ni....asalkan shadida bahagia.hehehe

‘ko nak tahu, esok tak ada kuliah. Tak tahu la tu..’
Aku dengan nada terkejutnya, sukar nak mempercayai berita tersebut.

‘Tadi, en zul sendiri yang bagi pengumuman. Kita semua kena kuarantin..tak boleh keluar pergi mana-mana, disebabkan HN N1.Tak dengar la tu... ‘

Nampaknya betul la berita yang aku terima tu bile tengok kesiriusan muka shadida. Ingtkan main-main. Tiba-tiba ada pengumuman lagi berulang-ulang...memang tak syak lagi, sahih la berita tersebut.hehe...

Keesokannya, seperti yang telah dijangka berdasarkan telahan dan pendapat ramai akhirnya, pengumuman UPSI CUTI! Ramai yang seronok tak terkata-kata menggambarkan hati yang berbunga-bunga bila dah dapat tahu cuti ni...Bila dah ramai yang nak balik cuti ni, apa lagi tiket je yang sedang berlegar-legar di kepala. Memang kena cepat. Kalau tidak gigit jari je la... aku antara manusia yang runsing mencari tiket balik. Dengar khabarnya tiket semuanya habis termasuk keretapi iaitu kenderaan rasmi yang sering aku gunakan untuk balik ke kampung sejak daripada semester satu lagi. Dalam keadaan cuak dan kerunsingan yang berpanjangan petang tersebut, aku dengan nekadnya, mengambil keputusan untuk balik tanpa menggunakan tiket keretapi...kiranya kerja jahat la ni....tapi apakan dayaku...aku insan lemah.hehe...terpaksa juga aku mengharungi onak dan badai yang bakal berlaku di atas pilihan ini.hehe

Setelah bermusyawarah dan menetapkan matlamat, aku bersama rakan seperjuangan tanpa tiket keretapi iaitu kami seramai 4 orang bersatu hati, menetapkan azam, berganding tenaga untuk tetap meredah onak badai tersebut.hehe... tipula kalau tak ada perasaan takut time tu. Nampak je pakcik ke, abang yang pakai baju biru merangkap kepada petugas-petugas keretapi yang berlegar-legar sebelum keretapi sampai, kecut perut juga walaupun dia tak tahu yang kami tak ada tiket.hehe...ni la kot perasaan bila orang nak buat jahat...

Setibanya keretapi, berbekalkan skill yang dah lama terasah di kolej tiap-tiap hari berebut bas digunakan dengan sepenuh hati dah tenaga, dan akhirnya kami berjaya berebut untuk masuk ke dalam dengan matlamat mendapat tempat duduk di cafe dalam keretapi tersebut. Nak masuk je kat cafe, dalam keadaan yang berpusu-pusu ada la pulak petugas kat dalam keretapi tu bertanya kepada salah seorang rakan seperjuanganku malam itu yang mendahului di depan berbanding kami yang tewas di belakang, ‘nak pergi ke R berapa ni. Pergi ke sebelah sana la.” Dengan bijaknya rakanku tersebut menjawab nak ke S1 iaitu gerabak yang ada katil iaitu gerabak yang kena melalui cafe dulu. Dalam keadaan yang panic macam tu, rakanku tersebut berjaya mengeluarkan ilham jawapan yang sangat bernas. Memang mantap! Kami bertiga kat belakang dah memang kena serang panic attack dah. Gelabah takut tertangkap tak ada tiket. Berkat kebijakan beliau kami terselamat dan berjaya mendapat tempat duduk di cafe tersebut.

Yang lawaknya dah siap bangga dapat tempat duduk, bila tengok sekeliling ada yang dengan relaxnya boleh angkat beg besar dan muka tak bersalahnya duduk di cafe tersebut. Laaaa....rupa2nya ramai lagi yang tak ada tiket...senasib rupanya... Bila datang je orang yang nak cek tiket, masing-masing dengan tenangnya mengeluarkan duit bayar kat orang tu. Kami sebelum ni yang hampir-hampir disorder diserang panic attack sembuh serta-merta. Dengan muka bangganya bayar duit tiket, tapi kena denda la. Ala RM 10 Je tambah...duit belanja makan aku 2 hari tu

Memang bersejarah betul la malam tu...hehe... sebelum sampai ke destinasi pilihanku, kami berempat sempat la jugak borak-borak tentang pebagai topik terhangat dan tersejuk. Macam-macam berjaya dikupas dengan bernasnya. Hanya kita sahaja yang tahu...hehe...apa-apa pun kepada rakan-rakan seperjuanganku malam tersebut, cayalah anda memang hebat! “VERY GOOD...!” bak kata-kata yang selalu diucapkan oleh puan naza.hehehe...setelah perjalanan yang panjang malam tu, akhirnya aku selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 2 setengah pagi. Bermulalah cuti aku di rumah selepas itu...

kerana DIA dan KAMU



Entahla tiba2 je teringat nak mengabdikan satu kisah merangkap kepada luahan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk sanubariku…ewah…hehe…rasa cam syok sendiri la pulak…tapi tak kisah la, yang penting hati puas n tak terbeku sampai jadi beku kalau simpan lama-lama.

Al-kisah aku dengan DIA ni, Macam-macam perisiwa, kisah sedih gembira aku kongsi dengan DIA. Kalau nak luah perasaan pun banyak dah yang aku kongsi. Bak kata mudah aku selesa bersama dengan DIA. Kalau bab2 nak happy je cari la DIA. InsyaAllah, puas la hati. DIA ni bijak…memang aku kagum, n tabik spring la kat DIA. Otak dia memang laju, pantas dan tangkas…cakap sikit pun dia dah mudah faham. Tak payah susah terang banyak2 kat DIA. Jap lagi naik rimas pulak, mula nak runsing...hehe...mengikut rentetan peristiwa yang berlaku daripada sejak perkenalan aku dengan DIA, memang dia yang aku kenal lincah dan peramah. Pernah ada kejadian yang memang ujian besar dalam hidup DIA. Kalau aku yang lalui benda tu memang gulung tikar duduk rumah je la...Ketika tu lah aku tengok DIA berjuang berhabis-habisan mengubah hidup dan diri DIA. Tapi betulla aku kata, memang tak syak lagi DIA memang bijak. Walaupun ujian yang hebat melanda, dikecam, dikutuk DIA tetap hebat dalam pelajaran. Walaupun kurang study n meratap kesedihan, DIA tetap unggul di tangga teratas. DIA memag hebat!

Makin lama kenal, memang susah nak berpisah. Syukur aku tetap bersama DIA dan KAMU lepas tamat sekolah coz mencari REJEKI di kala cuti yang panjang. Memang susah nak dapat kerja mulanya, tapi berkat kesabaran n usaha yang bersungguh-sungguh, dan akhirnya, jeng...jeng...jeng... dapat la kerja yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggukan selama ini...kerja sebagai operator pengeluaran nama sedap die, tapi kalau bahasa kasarnya kilang lah. Macam bes je bunyinya. Tapi memang pengalaman kerja ni susah nak cerita panjang-panjang. Pendek kata, setiap pengalaman mengajar sesorang menjadi dewasa. Pengalaman yang aku tak boleh dapat kat mana-mana. Berbalik kepada cerita si DIA ni, memang aku tabik spring lagi kat DIA. Pandai sesuaikan diri kat mana2. bak kata orang campak je kat mana-mana, hidup la dia. Tapi jangan campak kat lubang ular atau kandang harimau la. ‘MATI LA...’, teringat pulak intonasi kata ipin dalam siri upin&ipin kat tv.hehe.comel!

Akhirnya AKU, DIA dan KAMU berpisah juga...hehe...bukan berpisah selama-lamanya tapi disebabkan faktor pelajaran yang menuntut supaya kami belajar di tempat yang berbeza. Mula-mula memang ok, tapi lama kelamaan rasa makin menjadi jarak jauh sampai sekarang. Duduk memang la dah jauh.hehe...tapi aku bersyukur, walaupun macam tu, sampai sekarang still kentek walaupun tak la selalu. Buat DIA, terima kasih kerana ada di kala aku memerlukan walaupun tak sepenuhnya. TERIMA KASIH...!

Al kisah diri KAMU yang boleh aku katakan, kalau bersama KAMU aku rasa macam DEKAT DI HATI. Kalau cerita apa-apa pun KAMU memang paling faham. Cepat je tahu isi hati aku ni. Mungkin kita ada kisah tersendiri n peribadi yang sama memudahkan kita faham isi hati masing-masing. KAMU ni pun dalam kategori orang yang bijak, macam DIA jugak. Bertuahnya badan...hehe...lagi bertuah sebab mendahului aku dan DIA mengubah status diri sekarang. Ehem2...dah kahwin la...

KAMU memang best! Banyak tempat menarik dah kita kunjungi.hehe. tapi paling banyak kali la, aku rasa dalam sejarah kita, rumah KAMU la paling kerap aku kunjungi daripada tempat2 lain. Bila berjumpa, laju je mulut KAMU ajak aku pergi sana. Memang betul la, kata orang mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ni la sering kita bualkan kalau timbulnya isu bercakap laju ni. Satu keluarga KAMU ni memang aku tabik spring...! cakap memang kalah orang lain. Memang mantap dan terhebat. Orang lain boleh tercengang dengar diorang je bercakap. Macam2 topik terhangat, tersejuk berjaya dikupas dengan baik dan bernasnya. KAMU selalu cakap, ‘kami semua ni memang tak ada yang gagap, semua dah dilatih sejak kecil’ tengok hasil dia memang mantap2...hehe...rindu la pulak kalau ingat kisah bila aku berkampung dekat rumah KAMU ni. Siap bawa beg baju lagi nak duduk berhari-hari walaupun rumah tak ada la jauh mana.hehe...teringat pula, bila aku angkat beg je, KAMU kata dengan nada lawak tak terkiranya ‘DAH FIKIR HABIS-HABIS KE’ lagak macam aku nak lari n tinggalkan rumah.hehe...ada lagi, tak habis kat situ..KAMU dan keluarga kamu merangkap mak dan kakak yang satu kepala, berjaya membuat lawak ala-ala aku tersingkir daripada AKADEMI FANTASIA bila angkat beg.. ‘weh...nun tersingkir...AFUNDI tak cukup.’ Cis, ingat aku pelajar akademi fantasia ke...hehehe...nehiiiiiiii......

Sekarang aku sedih sangat. Entah la, mungkin aku rasa kerana status yang merubah perhubungan kita. Bukan setakat tu, dulu KAMU lah yang menjadi peneman setia ku bercerita tentang apa-apa sahaja, dah makin berahsia denganku. Suatu hari daripada DIA,aku mendapat berita yang sangat menyedihkan. Itupun melalui ’chatting’ aku bersama DIA yang juga dah makin jarang berhubungan. Memang nasibku malam itu, DIA bercerita tentang kisah sedih yang sedang KAMU lalui kini. Malam itu, aku menangis kerana mengenangkan nasib kamu sekarang. Saat bahagia yang baru kamu kecapi bersama orang tersayang didatangi ujian yang sangat besar. Daripada DIA, aku dapat tahu yang KAMU menghidapi ketumbuhan. Aku sedih, kerana KAMU tidak bercerita. Aku sedih kerana KAMU berahsia. Aku sedih kerana KAMU tidak berkongsi.Aku teramat sedih kerana KAMU sakit. Aku teramat2 sedih kerana KAMU menderita. Mungkin kehadiranku, tidak boleh membantu, tapi berilah aku peluang untuk berkongsi rasa dan penderitaan yang KAMU alami sekarang seperti mana KAMU sedia berkongsi cerita denganku sebelum ini. Aku MINTA MAAF, kalau sebelum ini aku mengabaikanmu. Aku minta maaf untuk segala-galanya. Aku masih menunggu kehadiran message keduamu seperti mana yang KAMU janjikan selepas balasan message pertamaku sebelum ini. Tunggu lah aku bercerita panjang selepas ini, kata KAMU...............

Buat DIA dan KAMU...
‘BATU KAWAN’ tetap d hati...

Saturday, July 25, 2009

Disorder...



Memang jadi 'disorder' betul la gara-gara kena buat assignment psikologi bilazim...terkena pulak tajuk 'acute stress disorder'. Boleh jadi trauma terkena penangan disorder ni...bukannya apa, cuma kesibukan yang melanda diriku ini yang menambahkan lagi stress yang ada.huhu.. lepas je pembentangan proposal hari tu terus kena buat brochure untuk subjek ni...memang malang tak berbau, terkena lagi giliran awal untuk presentation...pembentangan proposal hari tu pun hari pertama dah kena bentang...memang bertuah n murah rejeki betul la...hehe...teringat pulak waktu time sekolah dulu, selalu je dapat giliran awal...peratus tertinggi jika dikira selalunya nombor 2 la...coz nama mula dengan huruf "A" Ainul Nadiyah...hehe

Bila fikir balik seronok jugak buat brochure ni coz dapat mengasah kembali bakat yang terpendam...dah lama berkarat time cuti hari tu sebab jarang buka laptop...hehe..bila kena buat brochure ni, mula la kena 'godek2' balik laptop, design sana sini...boleh duduk depan laptop berjam jam lamanya...sampai merah mataku...haha...mula nak pening terus tido...

Setelah bertungkus lumus memerah otak n tenaga yang ada, akhirnya...jeng jeng jeng...hasilnya kat atas tu...takdela lawa sangat...cuma cantik n jelita je...macam gambaran muka orang la pulak...hehe...takdela,syok senderi je tu...sebenarnya cuma nak melahirkan dan menzahirkan perasaan yang berbunga-bunga je ni coz dapat siapkan kerja ni dengan awal...dapat ready untuk assignment yang akan datang...hehe...

Siapa yang nak baca pasal maklumat 'acute stress disorder' ni klik je gambar kat atas tu...mana nak tahu, kalau-kalau ada simptom yang sama ke dengan diri sendiri...boleh dapatkan rawatan penyembuhan segera.hehe...

25 hari bulan 7

Tak ada la yang special sangat dengan hari ni...just nak mengabdikan tarikh penting blog ni siap dimekap balik setelah sekian lama menyepikan dirinya...masa d saat-saat genting banyak assignment yang melimpah ruah menunggu giliran disiapkan, sempat juga melalaikan diri untuk buat blog ni...rasa happy gembira n seronok yang sama ertinya, teruja dan bersemangat balik kalau nak buka blog ni...kalau tidak sebelum ni suram, muram je...di sebalik hati yang berbunga-bunga terselindung gak rasa bersalah sebab 'lagho' atau sama ertinya dengan membuang masa...
aduhai, ainul....

Saturday, March 14, 2009

Program Kepimpinan Insan Terbilang...



Kepimpinan satu Keperibadian, Usaha kepada Kewibawaan...



Alhamdulillah...rasa bersyukur sangat dapat menyiapkan 2 program kepimpinan dalam masa yang terdekat. Memang best sangat dapat pengalaman buat program ni. Kedua-dua sekolah ada kelebihannya tersendiri. Walaupun penat, tapi hasilnya berbaloi :) kami2 pemimpin...! Rasa semangat sangat bila ingat laungan peserta kedua-dua buah sekolah yang menjayakan program ni...diorang memang hebat... semoga adik2 semua berjaya dalam hidup di dunia dan Akhirat...Amin...



U&I *

Saat gelap menutupi jalanku
Sinaran harapan tetap kuat menyala
Tidakku biarkan kegagalan menekan Kubulatkan tekadku,
kuazamkan juangku
**Kuterbang di atas rintangan Badai kehidupan
Sayap ku kepakkan Terbang makin tinggi,
semakin ku pasti Bersama U& I ku raih impian
Ulang* See me fly, I’m proud to fly up high
Badai kehidupan Sayap ku kepakkan
Believe me I can fly I’m singing in the sky
Bersama U& I ku raih impian
Walau seringkali ku tewas
Sekian kali kubangkit,
Ku raih impian
Ulang** Ku tetap yakin Ku pasti bisa

Thursday, February 5, 2009

Banjar...??

Kulaan Menereng Terkureheng...

Ermmm...mesti ramai yang tak faham apa maksud ayat dekat atas :) sesiapa yang berketurunan banjar mesti tersenyum bila melihat' ayat ni...semester ini, kebetulan saya mengambil kursus kaunseling silang budaya...bila belajar tentang budaya ni, teringat pula asal keturunan saya...'Banjar'. Selalunya orang Jawa je yang selalu disebut. Mesti ramai yang tak tahu pasal orang Banjar... :d

Sapa bisa basurah banjar?

Sebenarnya kalau nak disebut tentang bahasa banjar ni, memang ramai yang tak faham... saya ni memang 'pure' banjar... dulu, ' vocab' bahasa banjar ni memang kira tahap ilmu penuh di dada la...sebab saya dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga Banjar. Saya tinggal dengan datuk dan nenek yang memang 'speaking' Bahasa Banjar dekat rumah.'Vocab' bahasa Banjar ni memang mantap kalau nak dibandingkan dengan bahasa Inggeris yang hari-hari belajar dekat sekolah...hehe...


Sekarang rasa sedih sangat sebab, bahasa Banjar ni sudah makin jauh dengan diri saya. Bila datuk dan nenek dah tak ada, saya dah tak pernah dengar lagi bahasa ni dituturkan hari-hari. Rasa sayang sangat kalau salah satu daripada nilai identiti dan budaya ni semakin hilang dek peredaran zaman... Saya pun dah jarang jumpa orang yang berketurunan Banjar dekat sini...tak tahu la kalau ramai yang tak nak mengaku :D


Apapun, saya berharap semoga 'Banjar' ni tak hilang di dunia...sesiapa yang berketurunan Banjar yang nak menambahkan kosa kata, ataupun sesiapa yang berminat nak mempelajarinya, boleh la masuk dekat laman web ni


http://kbb.tabalong.go.id/kamus.htm

ako handak berisur...

renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL..!

Yan Besaq dekat d Hati... (^.^)


*Lagukan
Lihat jauh nun disana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuninng
kerja sama
Potong memotong Membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk inang tampi
Kini mesin jadi pengganti...

tak sangka ada tempat yang menarik, tertarik memang terhebat laaa...saje je nak berkongsi pengalaman waktu cuti sem baru-baru ni... pergi rumah sorang kawan yang terletak di Yan Besar, negeri Kedah Darul Aman ( Kedah maju 2010 :) hehe...kawan-kawan yang ikut sekali mesti ingat ayat ni kan...pas tu lagu kat atas ni... ermmm...saya tujukan lagu kat atas ni kat 'someone' yang mesti paling ingat lagu ni :D memang seronok giler+tersangat tak terkata la coz dapat pergi sana...waktu mula-mula sampai sana, rasa kagum+seronok dapat tengok kampung nelayan yang dekat dengan laut...depan rumah ada sawah pulak 2...cantiknya pemandangan dekat sana...time pagi, tengah hari, petang, senja dapat tengok suasana yang berlainan..dalam gambar kat atas ada pemandangan gunung... ala,kat belakang sawah tu.kan...kan..nampak kan..hehe...itula, gunung Jerai...
Kan Ku Ukir Namamu Di atas Gunung Jerai...
Disaksikan Daun, daun Niyur Melambai...
hehe...tak tahula betul ke tak liriknye tu...sape2 yang ingat lagu ni, mesti tahu kan...tiba2 pulak teringat lagu ni bila tengok Gunung Jerai tu...memang CANTIK la...laut dekat sana pun cantik... sempat la jugak pergi jalan-jalan cari makan sambil menikmati keindahan laut dekat sana...memang best...dekat sana juga, saya berpeluang pergi ke 'titi hayun' tempat orang mandi-manda sambil berkelah...hehe...
Memang banyak sangat kenangan lagi dekat sana yang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Apa pun saya akan abadikan semua kenangan 'Yan Besaq' ni di hati saya... kalau TV9 dengan temanya dekat dihati, 'Yan besaq' pulak paling dekat di hati................ saya.... :)

Wednesday, January 14, 2009

One day at A time :d

One day at a time
We can learn to leave the past behind
One day at a time
We can look the future in the eye
One day at a time
We can learn to live
The gates of the garden are open
Wide and trusting70 thousand will enter
Of them without reckoning
One day at a time
We can learn to leave our fears behind
One day at a time
We can stare our hopes in the eye
One day at a time
We can learn to live
And if you meet the evening
Don't wait for the sun to rise
One day at a time
We can leave all treasures behind
One day at a time
We can watch the clocks unwind
One day at a timeA child is born into this world
Eyes blind
One day he will find his sign
And glimpse some other kind of life to live by
One day
One day at a time
We can put machines behind
One day at a time
We can learn how birds survive
One day at a time
We can learn to fly

Monday, January 12, 2009

Zinnirah...

Terima kasih kepada seorang sahabatku yang memperkenalkan aku dengan nama seorang wanita Islam yang hebat...Zinnirah...Seorang wanita mulia di sisi Islam sehebat dan seindah namanya Zinnirah... Sebelum ni, aku cuma selalu mendengar nama-nama seperti Rabiatul Adawiyah, Ainul Mardhiah...tak sangka pula ada lagi seorang wanita mulia yang hebat kisahnya...
terima kasih sahabat kerana berkongsi cerita ;)

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.Perkenalan itu akhirnya membawa NurIslam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah.Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun,dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab.Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah.


Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan mahupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat."Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" TanyaUmar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panasterik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan,Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya ditiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta.


Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetappada Allah yang Esa."Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

MuNaJaT cInTa...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. (As-Syahid Syed Qutb)"..tiada gunanya mata kalau tak tahu melihat, tiada gunanya hati kalau taktahu menilai.."

Saturday, January 10, 2009

all about "ilmu"

Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.


Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhan

Untuk wanita yang cantik-cantik belaka... ... ... ... .


Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Friday, January 9, 2009

greatful..