Tuesday, August 11, 2009

gara-gara H1N1



7 hari bulan 8

Entahla, malam ni susah pulak rasa nak tidur. Tak tahu nak buat apa, buka laptop la. Rajin pulak rasanya nak bercerita kat sini. Boleh masuk blog nanti..hmmm...

Tanjung malim dilanda H1N1. Gara-gara wabak ni, seluruh warga UPSI cuti...hmmm...nak kata seronok cuti tak ada la sangat..nak kata tak seronok tak juga...dapat relax2.hehehe...Cuma bila dah lama sangat cuti, mula nak bosan. Teringat pula waktu pengumuman di kolej kesayanganku, kolej Aminuddin Baki (KAB), hehe..yang terletak jauh dari hiruk pikuk dunia, dengan udara yang nyaman, pemandangan yang berseri-seri dengan tumbuh-tumbuhan menghijau..hanya bas UPSI yang kelihatan selalu berlegar-legar di persekitaran yang udaranya sangat bersih, angin sepoi-sepoi bahasa...hehe...kena selitkan unsur lewah di sini coz nak menggambarkan keadaan sebenar di kolejku, kerana ramai yang tak puas hati merangkap kepada dengki la kot..selalu pula nak kata tempat kolejku, tempat jin tendang la...padang jarak padang terkukur la...ade ke patut?? Biar la apa org nak kata, yang penting,

Di sini segalanya bermula,
Restu ayah dan bonda,
Lalaala...
Kolejku. KAB...

tak ingat lirik la...2 baris pertama n baris terakhir je yang ingat.
Lagu KAB..
Makluma, nyanyi waktu orientasi sem 1 je dulu...hehe

Berbalik kepada kisah pengumuman tadi, waktu tu aku berada di bilik sedang lagho, tengah buka youtube tengok cite....tiba2...

‘nuninu, ko tak tidur lagi....’

Nuninu nama samaran terbaruku yang hanya dipanggil oleh shadida (nama glamour untuk die.hehe). Nama aku ainul nadiyah la...hehe...sebelum ni, nama glamour aku , inon, nun...sekarang ada lagi 1 nuninu. Hai, mana plak die dapat ilham ni....asalkan shadida bahagia.hehehe

‘ko nak tahu, esok tak ada kuliah. Tak tahu la tu..’
Aku dengan nada terkejutnya, sukar nak mempercayai berita tersebut.

‘Tadi, en zul sendiri yang bagi pengumuman. Kita semua kena kuarantin..tak boleh keluar pergi mana-mana, disebabkan HN N1.Tak dengar la tu... ‘

Nampaknya betul la berita yang aku terima tu bile tengok kesiriusan muka shadida. Ingtkan main-main. Tiba-tiba ada pengumuman lagi berulang-ulang...memang tak syak lagi, sahih la berita tersebut.hehe...

Keesokannya, seperti yang telah dijangka berdasarkan telahan dan pendapat ramai akhirnya, pengumuman UPSI CUTI! Ramai yang seronok tak terkata-kata menggambarkan hati yang berbunga-bunga bila dah dapat tahu cuti ni...Bila dah ramai yang nak balik cuti ni, apa lagi tiket je yang sedang berlegar-legar di kepala. Memang kena cepat. Kalau tidak gigit jari je la... aku antara manusia yang runsing mencari tiket balik. Dengar khabarnya tiket semuanya habis termasuk keretapi iaitu kenderaan rasmi yang sering aku gunakan untuk balik ke kampung sejak daripada semester satu lagi. Dalam keadaan cuak dan kerunsingan yang berpanjangan petang tersebut, aku dengan nekadnya, mengambil keputusan untuk balik tanpa menggunakan tiket keretapi...kiranya kerja jahat la ni....tapi apakan dayaku...aku insan lemah.hehe...terpaksa juga aku mengharungi onak dan badai yang bakal berlaku di atas pilihan ini.hehe

Setelah bermusyawarah dan menetapkan matlamat, aku bersama rakan seperjuangan tanpa tiket keretapi iaitu kami seramai 4 orang bersatu hati, menetapkan azam, berganding tenaga untuk tetap meredah onak badai tersebut.hehe... tipula kalau tak ada perasaan takut time tu. Nampak je pakcik ke, abang yang pakai baju biru merangkap kepada petugas-petugas keretapi yang berlegar-legar sebelum keretapi sampai, kecut perut juga walaupun dia tak tahu yang kami tak ada tiket.hehe...ni la kot perasaan bila orang nak buat jahat...

Setibanya keretapi, berbekalkan skill yang dah lama terasah di kolej tiap-tiap hari berebut bas digunakan dengan sepenuh hati dah tenaga, dan akhirnya kami berjaya berebut untuk masuk ke dalam dengan matlamat mendapat tempat duduk di cafe dalam keretapi tersebut. Nak masuk je kat cafe, dalam keadaan yang berpusu-pusu ada la pulak petugas kat dalam keretapi tu bertanya kepada salah seorang rakan seperjuanganku malam itu yang mendahului di depan berbanding kami yang tewas di belakang, ‘nak pergi ke R berapa ni. Pergi ke sebelah sana la.” Dengan bijaknya rakanku tersebut menjawab nak ke S1 iaitu gerabak yang ada katil iaitu gerabak yang kena melalui cafe dulu. Dalam keadaan yang panic macam tu, rakanku tersebut berjaya mengeluarkan ilham jawapan yang sangat bernas. Memang mantap! Kami bertiga kat belakang dah memang kena serang panic attack dah. Gelabah takut tertangkap tak ada tiket. Berkat kebijakan beliau kami terselamat dan berjaya mendapat tempat duduk di cafe tersebut.

Yang lawaknya dah siap bangga dapat tempat duduk, bila tengok sekeliling ada yang dengan relaxnya boleh angkat beg besar dan muka tak bersalahnya duduk di cafe tersebut. Laaaa....rupa2nya ramai lagi yang tak ada tiket...senasib rupanya... Bila datang je orang yang nak cek tiket, masing-masing dengan tenangnya mengeluarkan duit bayar kat orang tu. Kami sebelum ni yang hampir-hampir disorder diserang panic attack sembuh serta-merta. Dengan muka bangganya bayar duit tiket, tapi kena denda la. Ala RM 10 Je tambah...duit belanja makan aku 2 hari tu

Memang bersejarah betul la malam tu...hehe... sebelum sampai ke destinasi pilihanku, kami berempat sempat la jugak borak-borak tentang pebagai topik terhangat dan tersejuk. Macam-macam berjaya dikupas dengan bernasnya. Hanya kita sahaja yang tahu...hehe...apa-apa pun kepada rakan-rakan seperjuanganku malam tersebut, cayalah anda memang hebat! “VERY GOOD...!” bak kata-kata yang selalu diucapkan oleh puan naza.hehehe...setelah perjalanan yang panjang malam tu, akhirnya aku selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 2 setengah pagi. Bermulalah cuti aku di rumah selepas itu...

0 comments:

Post a Comment