Thursday, August 27, 2009

Perjalanan yang panjang...



"Lebatnye, hujan...nasib baik la kita duduk bawah khemah..." sambil menikmati hidangan kuewteow kerang, angin yang sepoi-sepoi bahasa pada mulanya, mata memandang lenggok2 manusia, sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan yang Maha Esa, mulut bercerita pelbagai perkara...

Mata yang sedang asyik...Tiba2,seperti babak dan gerak perlahan terpandang bumbung khemah yang sedang terangkat di bawa oleh angin...seakan-akan dalam keadaan buntu dan kaget...aku sukar nak mempercayai apa yang ku lihat...lebih kurang dalam masa 3 4 saat la...selepas itu aku mula mengorak langkah untuk melarikan diri, sambil bermonolog sendirian "tolonglah percaya aku sedang berlari-lari di dalam hujan lebat, bertemankan kilat yang sabung menyabung"... Ku lihat kawan2 seangkatanku telah lari meninggalkan tempat kejadian...aku yang tertewas di belakang. Dalam keadaan kekalutan itulah,beg yang ku bawa pula jatuh di bawah meja yang hampir tumbang juga ditiup angin kencang. Arghhhh....tidak...aku tidak akan meninggalkan beg aku sendirian. Walau apapun yang terjadi aku tetap akan menyelamatkannya. Banyak peninggalan dan harta berharga aku di dalammya... Nasib aku baik, aku berjaya mengambilnya dengan sekuat tenaga dan terus berlari selepas itu...

Dalam keadaan yang kelam kabut begitu, aku dapat melihat setiap manusia berusaha menyelamatkan diri masing2. Yang penting masa tu, memang nyawa...Aku dan rakan2 seperjuangan hari tersebut iaitu seramai 3 org (shadida,dure n pzah) berjaya menyelamatkan diri dan berteduh di bawah bangunan. Nasib baik la dapat jumpa cari ke tiga3 rakanku tersebut.huh...Kami cuba mengelak daripada berada di tempat air yang bertakung kerana menurut hukum sains, air adalah konduktor elektrik yang baik. Menurut pzah, semasa sedang berlari menyelamatkan diri, dia ternampak arus elektrik akibat daripada pancaran kilat. Nasib baiklah tiada sesiapa yang cedera ketika itu.

Dalam keadaan basah lencun yang menyebabkan imejku habis tercalar, aku dapat memerhatikan keadaan sekeliling...Kilat masih sabung menyabung...lensa kamera berkedip-kedip merata-rata...arghhh....habisla kalau tertangkap gambar kitorang. Jatuh imej satu Malaya. Esok kena tengok paper ni kot2 ada aksi-aksi lawak ketika menyelamatkan diri tadi...hahaha...tiba-tiba mataku terlihat seorang budak lelaki kecil yang sedang berada dalam keadaan kesejukan yang teramat sangat. Terketar2 badannya...kesiannya...aku pegang tangannya supaya mendapat haba. Rasa macam nak peluk je..belum cukup umur lagi tu..hehe..kalau tidak berdosa besar la aku..hehehe.Tapi nasib baik la mak die ada kat sebelah...

Selepas beberapa ketika, ribut yang melanda semakin reda...hujan renyai2 masih turun membasahi bumi. Kami berempat meredah hujan dalam keadaan basah lencun dengan matlamat ingin meraikan hari bersejarah kakak kepada kawanku (shadida) yang bergraduat pada hari tersebut... Walaupun dalam keadaan yang masih trauma dengan kejadian, kami masih mampu memegang watak utama yang gembira dan ceria meraikan hari bersejarah tersebut. Siap ambil gambar lebih daripada ahli keluarga yang meraikan hari tersebut. Arghhh....hidup mesti diteruskan dengan gembira juga...imej mesti maintain di depan orang ramai pada hari tersebut...hehehe











Dalam keadaan basah lencun masih mampu tersenyum dengan gembiranya.hehe

Bila rasa dah cukup banyak ambil gambar, Kami mula bertolak balik daripada tempat kejadian apabila hari sudah beransur gelap...sampai je kat pudu dah dekat pukul sepuluh...cuma terlewat 5 minit je(semua ni gara-gara aku dan shadida yang pergi menunaikan hajat yang dah jadi haba pendam pelakuran...hehe). Dura dan pzah bergegas ke kaunter tiket..dan akhirnya, malang tidak berbau, semua bas ke tanjung malim dah habis...tidakkk...rasa nak menjerit je...esok dah la kelas pagi...macam2 ikhtiar dibuat. Kami dibantu oleh kakak yang menjaga kaunter tiket di pudu untuk mendapatkan kenderaan pulang. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami malam itu, semua teksi pun dah tak ada...fikir punya fikir...akhirnya keputusan muktamat dibuat, kami terpaksa melupakan tanjung malim pada malam tersebut. Dengan bantuan kakak tersebut kami berjaya mendapatkan bas terakhir ke sg buluh dengan matlamat menumpang tidur di rumah saudara pzah, pada malam tersebut. Nasib baiklah ada juga saudara, kalau tidak??(TERIMA KASIH KEPADA AKAK PENJAGA TIKET DAN SAUDARA PZAH. TAK SEMPAT PULA NAK TANYA NAMA.HEHE... JASA KALIAN TETAP DIKENANG. MOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK TERSEBUT)

Keesokannya kami berjaya pulang ke tanjung malim dengan menaiki train daripada sg buluh. Nampak je bumi tanjung malim yang indah dan permai...lega rasanya...dapat juga aku menyambung pengajian kembali di UPSI.hehehe...(kepada cik Nani dan Puan Naza,anak-anak muridmu meminta maaf di atas ketidakhadiran kami ke kelas pada hari tersebut. Apakan daya, kami insan lemah....hehe)Apa-apa pun, pengalaman sepanjang hari tersebut merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami. Sebelum ini, hari-hari biasa yang dirasakan terlalu singkat dirasakan terlalu lama di hari tersebut. Pengajarannya....Rupa-rupanya banyak perkara yng boleh dibuat dalam masa sehari tu.hehe.sebelum ni, banyak masa dihabiskan dengan tidur je.hehe.Macam-macam peristiwa lagi yang tidak dapat diceritakan dan gambarkan dengan kata-kata. Yang paling pentingnya, aku sangat bersyukur yang kami berempat masih lagi bernyawa sehingga sekarang. ALhamdulillah....