Thursday, February 3, 2011

warna warni hidupku (^_^)


Setelah sekian lama....blog ni menyepikan dirinya...yarghhhh....kini ku kembali dengan warna-warni kehidupan baruku...hehe...

Sedar tak sedar, aku dah memasuki fasa baru dalam hidupku...dah keje rupenye aku... zaman dahulu kala kat sekolah n dekat universiti dah aku tinggalkan...huhu...sedih la plak terkenangkan zaman silam.huhu..tapi takpe...hidup ni mesti diteruskan dengan gembiranya..hehe...buka buku n lembaran baru...

Semoga aku dapat meneruskan pencarian ilmu di muka bumiMu ya ALLAH...
Rahmatilah, Berkatilah dan Redhakanlah hidup hambaMu ini..Amin...

Ainul...BERUSAHA!!!

Monday, October 26, 2009

dinner bnk09


semua melaram sakan malam nih...tak sangka kawan2 ku selama ni ada bakat jadi model pakaian.Ada yang bergaya sakan mengalahkan mak datin, ada yg ala2 busana muslimah gitu...n macam2 lagi la...hehe







dinner 4 budak2 bnk09...

dear all my beloved friends...

when we met...it was a LUCK...
when we talk..it was by CHANCE...
when we become friends..it was a DESTINY...
we are still friends..its a DECISION...
AND........
.................................................................

we will always be friends...thats a PROMISE!!!!!

Tuesday, October 20, 2009

waiting...



Hari2 terakhirku di dalam kelas... tggu clas nak start time ni... mengabdikan sedikit kenangan yang hampir menuju ke hari2 terakhirnya...huhu...sedih...





Yang pastinya aku akan merindui semua teman2 especially geng budak2 kaunseling yg dah lama melayari bahtera duduk sekelas...belajar sekali, bergurau senda hari2 dan macam2 kenangan lagi...tak sangka kite semua dah nak habis study... nak g praktikum dah...pas ni nak kena bawa imej cikgu merangkap kepada kaunselor kat sekolah plak..aku mayb ad yg panggil ustazah kot coz buat praktikum kt sek agama.hehehe..xdela....
nak jumpe kawan2 lain tu memang dah susah..hmmm...sedih...

pepun buat kawan2 ku semua...selamat berjaya untuk menyiapkan tesis masing2 n selamat menghadapi final exam yg akan dtg...all the best! anda semua VERY GOOD!

Sunday, October 18, 2009

Jom g K. Lipis!




Jom pergi Pahang...!
Tambang separuh..hehe...

Al-kisah la, aku bersama dengan 4 org lagi rakan yang terpaksa bergegas ke negeri Pahang Darul Makmour coz ada antara kawan-kawan seperjalanan aku yang balik untuk edar soal selidik n buat program kat sana..semua ni gara-gara kene buat tesis sem ni. Serabut juga kepala mengenangkan tesis sendiri yang tak settle lagi...edar soal selidik pun belum lagi time ni. Ada hati nak g jalan2 lagi n berpijak di bumi kuala Lipis buat kedua kalinya...hehe

Dapat tengok n tolong cik mis buat program puas gak la hati. Apa2 pun, pujian dan sekalung tahniah kepada misnah coz berjaya buat program kat adik2 SMK Clifford. ..anda memang HEBAT! Very GOOD!

Balik daripada Pahang tu, Qada' tido berhari-hari balik untuk menyegarkan kembali tenaga yang ada.hehe...lepas tenaga dicas kembali di tahap maksimum, yarghhh....
kini aku kembali....kembali dengan semangat baru...hehe
giliran aku untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tesis sendiri..hehe

ainul....BERUSAHA!!!!


Last moment...







hmmm...ni time nak balik raya hari tu...malam tu memang best coz ramai kawan2 yg balik sekali..memg meriah...
dalam kemeriahan tu, terselit juga rasa sedih coz ni la pengalaman terakhir balik raya bersama kawan2 kat UPSI ni...huhu...sedih...
apa2 pun aku akan abadikan segala kenangan terindah di bumi tanjung malim ni...

Indahnya DUNIA hanya sementara...
Indahnya CINTA hanya seketika...
Indahnya MIMPI kadang tak pasti...
Indahnya PERSAHABATAN sukar di cari ganti (^.^)

Saturday, September 12, 2009

Waiting 4 RAMADHAN...

Ermmmm...sedar tak sedar dah nak abis bulan ramadhan tahun ni...ni la kali terakhir aku berpuasa di bumi UPSI tercinta bersama rakan-rakan seperjuangan especially geng budak2 umah kat b112 KAB, kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim Perak. Kepada dura, shahida, pzah, shikin n nadiah selamat menghabiskan puasa tahun ni dan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Di kesempatan ini, aku dengan rendah diri, rendah hati dan hati terbukanya ingin meminta sekalung ribuan minta maaf tidak terhingganya jikalau diri ini ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang kita melayari bahtera duduk serumah.hehehe...

Tidak lupa juga kepada yang sangat dirindui mizah n ema comei...semoga anda berdua gembira melalui hari-hari yang mendatang dengan tenangnya. Kenangan bersama anda berdua di bulan ramadhan dan hari-hari yang lalu tetap dalam ingatan. Anda berdua memang BEST dan HEBAT!

Akhir sekali kepada rakan2 di UPSI mahupun rakan2 lain yang mengenali diri ini, tidak kira la di mana sahaja anda berada,SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

Tak sabar nak menanti ramadhan yang akan datang...
macam mana pula keadaannya...
yang pasti aku akan merindui segala kenangan ramadhan di bumi tanjong malim ni...huhu

pengalaman memberi kita satu kenangan...
kenangan memberi kita satu pengajaran...
pengajaran membawa kita kepada kematangan...

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Thursday, August 27, 2009

Perjalanan yang panjang...



"Lebatnye, hujan...nasib baik la kita duduk bawah khemah..." sambil menikmati hidangan kuewteow kerang, angin yang sepoi-sepoi bahasa pada mulanya, mata memandang lenggok2 manusia, sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan yang Maha Esa, mulut bercerita pelbagai perkara...

Mata yang sedang asyik...Tiba2,seperti babak dan gerak perlahan terpandang bumbung khemah yang sedang terangkat di bawa oleh angin...seakan-akan dalam keadaan buntu dan kaget...aku sukar nak mempercayai apa yang ku lihat...lebih kurang dalam masa 3 4 saat la...selepas itu aku mula mengorak langkah untuk melarikan diri, sambil bermonolog sendirian "tolonglah percaya aku sedang berlari-lari di dalam hujan lebat, bertemankan kilat yang sabung menyabung"... Ku lihat kawan2 seangkatanku telah lari meninggalkan tempat kejadian...aku yang tertewas di belakang. Dalam keadaan kekalutan itulah,beg yang ku bawa pula jatuh di bawah meja yang hampir tumbang juga ditiup angin kencang. Arghhhh....tidak...aku tidak akan meninggalkan beg aku sendirian. Walau apapun yang terjadi aku tetap akan menyelamatkannya. Banyak peninggalan dan harta berharga aku di dalammya... Nasib aku baik, aku berjaya mengambilnya dengan sekuat tenaga dan terus berlari selepas itu...

Dalam keadaan yang kelam kabut begitu, aku dapat melihat setiap manusia berusaha menyelamatkan diri masing2. Yang penting masa tu, memang nyawa...Aku dan rakan2 seperjuangan hari tersebut iaitu seramai 3 org (shadida,dure n pzah) berjaya menyelamatkan diri dan berteduh di bawah bangunan. Nasib baik la dapat jumpa cari ke tiga3 rakanku tersebut.huh...Kami cuba mengelak daripada berada di tempat air yang bertakung kerana menurut hukum sains, air adalah konduktor elektrik yang baik. Menurut pzah, semasa sedang berlari menyelamatkan diri, dia ternampak arus elektrik akibat daripada pancaran kilat. Nasib baiklah tiada sesiapa yang cedera ketika itu.

Dalam keadaan basah lencun yang menyebabkan imejku habis tercalar, aku dapat memerhatikan keadaan sekeliling...Kilat masih sabung menyabung...lensa kamera berkedip-kedip merata-rata...arghhh....habisla kalau tertangkap gambar kitorang. Jatuh imej satu Malaya. Esok kena tengok paper ni kot2 ada aksi-aksi lawak ketika menyelamatkan diri tadi...hahaha...tiba-tiba mataku terlihat seorang budak lelaki kecil yang sedang berada dalam keadaan kesejukan yang teramat sangat. Terketar2 badannya...kesiannya...aku pegang tangannya supaya mendapat haba. Rasa macam nak peluk je..belum cukup umur lagi tu..hehe..kalau tidak berdosa besar la aku..hehehe.Tapi nasib baik la mak die ada kat sebelah...

Selepas beberapa ketika, ribut yang melanda semakin reda...hujan renyai2 masih turun membasahi bumi. Kami berempat meredah hujan dalam keadaan basah lencun dengan matlamat ingin meraikan hari bersejarah kakak kepada kawanku (shadida) yang bergraduat pada hari tersebut... Walaupun dalam keadaan yang masih trauma dengan kejadian, kami masih mampu memegang watak utama yang gembira dan ceria meraikan hari bersejarah tersebut. Siap ambil gambar lebih daripada ahli keluarga yang meraikan hari tersebut. Arghhh....hidup mesti diteruskan dengan gembira juga...imej mesti maintain di depan orang ramai pada hari tersebut...hehehe











Dalam keadaan basah lencun masih mampu tersenyum dengan gembiranya.hehe

Bila rasa dah cukup banyak ambil gambar, Kami mula bertolak balik daripada tempat kejadian apabila hari sudah beransur gelap...sampai je kat pudu dah dekat pukul sepuluh...cuma terlewat 5 minit je(semua ni gara-gara aku dan shadida yang pergi menunaikan hajat yang dah jadi haba pendam pelakuran...hehe). Dura dan pzah bergegas ke kaunter tiket..dan akhirnya, malang tidak berbau, semua bas ke tanjung malim dah habis...tidakkk...rasa nak menjerit je...esok dah la kelas pagi...macam2 ikhtiar dibuat. Kami dibantu oleh kakak yang menjaga kaunter tiket di pudu untuk mendapatkan kenderaan pulang. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami malam itu, semua teksi pun dah tak ada...fikir punya fikir...akhirnya keputusan muktamat dibuat, kami terpaksa melupakan tanjung malim pada malam tersebut. Dengan bantuan kakak tersebut kami berjaya mendapatkan bas terakhir ke sg buluh dengan matlamat menumpang tidur di rumah saudara pzah, pada malam tersebut. Nasib baiklah ada juga saudara, kalau tidak??(TERIMA KASIH KEPADA AKAK PENJAGA TIKET DAN SAUDARA PZAH. TAK SEMPAT PULA NAK TANYA NAMA.HEHE... JASA KALIAN TETAP DIKENANG. MOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK TERSEBUT)

Keesokannya kami berjaya pulang ke tanjung malim dengan menaiki train daripada sg buluh. Nampak je bumi tanjung malim yang indah dan permai...lega rasanya...dapat juga aku menyambung pengajian kembali di UPSI.hehehe...(kepada cik Nani dan Puan Naza,anak-anak muridmu meminta maaf di atas ketidakhadiran kami ke kelas pada hari tersebut. Apakan daya, kami insan lemah....hehe)Apa-apa pun, pengalaman sepanjang hari tersebut merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami. Sebelum ini, hari-hari biasa yang dirasakan terlalu singkat dirasakan terlalu lama di hari tersebut. Pengajarannya....Rupa-rupanya banyak perkara yng boleh dibuat dalam masa sehari tu.hehe.sebelum ni, banyak masa dihabiskan dengan tidur je.hehe.Macam-macam peristiwa lagi yang tidak dapat diceritakan dan gambarkan dengan kata-kata. Yang paling pentingnya, aku sangat bersyukur yang kami berempat masih lagi bernyawa sehingga sekarang. ALhamdulillah....