Saturday, September 12, 2009

Waiting 4 RAMADHAN...

Ermmmm...sedar tak sedar dah nak abis bulan ramadhan tahun ni...ni la kali terakhir aku berpuasa di bumi UPSI tercinta bersama rakan-rakan seperjuangan especially geng budak2 umah kat b112 KAB, kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim Perak. Kepada dura, shahida, pzah, shikin n nadiah selamat menghabiskan puasa tahun ni dan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Di kesempatan ini, aku dengan rendah diri, rendah hati dan hati terbukanya ingin meminta sekalung ribuan minta maaf tidak terhingganya jikalau diri ini ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang kita melayari bahtera duduk serumah.hehehe...

Tidak lupa juga kepada yang sangat dirindui mizah n ema comei...semoga anda berdua gembira melalui hari-hari yang mendatang dengan tenangnya. Kenangan bersama anda berdua di bulan ramadhan dan hari-hari yang lalu tetap dalam ingatan. Anda berdua memang BEST dan HEBAT!

Akhir sekali kepada rakan2 di UPSI mahupun rakan2 lain yang mengenali diri ini, tidak kira la di mana sahaja anda berada,SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

Tak sabar nak menanti ramadhan yang akan datang...
macam mana pula keadaannya...
yang pasti aku akan merindui segala kenangan ramadhan di bumi tanjong malim ni...huhu

pengalaman memberi kita satu kenangan...
kenangan memberi kita satu pengajaran...
pengajaran membawa kita kepada kematangan...

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!