Tuesday, August 11, 2009

kerana DIA dan KAMU



Entahla tiba2 je teringat nak mengabdikan satu kisah merangkap kepada luahan perasaan yang dah lama terpendam di lubuk sanubariku…ewah…hehe…rasa cam syok sendiri la pulak…tapi tak kisah la, yang penting hati puas n tak terbeku sampai jadi beku kalau simpan lama-lama.

Al-kisah aku dengan DIA ni, Macam-macam perisiwa, kisah sedih gembira aku kongsi dengan DIA. Kalau nak luah perasaan pun banyak dah yang aku kongsi. Bak kata mudah aku selesa bersama dengan DIA. Kalau bab2 nak happy je cari la DIA. InsyaAllah, puas la hati. DIA ni bijak…memang aku kagum, n tabik spring la kat DIA. Otak dia memang laju, pantas dan tangkas…cakap sikit pun dia dah mudah faham. Tak payah susah terang banyak2 kat DIA. Jap lagi naik rimas pulak, mula nak runsing...hehe...mengikut rentetan peristiwa yang berlaku daripada sejak perkenalan aku dengan DIA, memang dia yang aku kenal lincah dan peramah. Pernah ada kejadian yang memang ujian besar dalam hidup DIA. Kalau aku yang lalui benda tu memang gulung tikar duduk rumah je la...Ketika tu lah aku tengok DIA berjuang berhabis-habisan mengubah hidup dan diri DIA. Tapi betulla aku kata, memang tak syak lagi DIA memang bijak. Walaupun ujian yang hebat melanda, dikecam, dikutuk DIA tetap hebat dalam pelajaran. Walaupun kurang study n meratap kesedihan, DIA tetap unggul di tangga teratas. DIA memag hebat!

Makin lama kenal, memang susah nak berpisah. Syukur aku tetap bersama DIA dan KAMU lepas tamat sekolah coz mencari REJEKI di kala cuti yang panjang. Memang susah nak dapat kerja mulanya, tapi berkat kesabaran n usaha yang bersungguh-sungguh, dan akhirnya, jeng...jeng...jeng... dapat la kerja yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggukan selama ini...kerja sebagai operator pengeluaran nama sedap die, tapi kalau bahasa kasarnya kilang lah. Macam bes je bunyinya. Tapi memang pengalaman kerja ni susah nak cerita panjang-panjang. Pendek kata, setiap pengalaman mengajar sesorang menjadi dewasa. Pengalaman yang aku tak boleh dapat kat mana-mana. Berbalik kepada cerita si DIA ni, memang aku tabik spring lagi kat DIA. Pandai sesuaikan diri kat mana2. bak kata orang campak je kat mana-mana, hidup la dia. Tapi jangan campak kat lubang ular atau kandang harimau la. ‘MATI LA...’, teringat pulak intonasi kata ipin dalam siri upin&ipin kat tv.hehe.comel!

Akhirnya AKU, DIA dan KAMU berpisah juga...hehe...bukan berpisah selama-lamanya tapi disebabkan faktor pelajaran yang menuntut supaya kami belajar di tempat yang berbeza. Mula-mula memang ok, tapi lama kelamaan rasa makin menjadi jarak jauh sampai sekarang. Duduk memang la dah jauh.hehe...tapi aku bersyukur, walaupun macam tu, sampai sekarang still kentek walaupun tak la selalu. Buat DIA, terima kasih kerana ada di kala aku memerlukan walaupun tak sepenuhnya. TERIMA KASIH...!

Al kisah diri KAMU yang boleh aku katakan, kalau bersama KAMU aku rasa macam DEKAT DI HATI. Kalau cerita apa-apa pun KAMU memang paling faham. Cepat je tahu isi hati aku ni. Mungkin kita ada kisah tersendiri n peribadi yang sama memudahkan kita faham isi hati masing-masing. KAMU ni pun dalam kategori orang yang bijak, macam DIA jugak. Bertuahnya badan...hehe...lagi bertuah sebab mendahului aku dan DIA mengubah status diri sekarang. Ehem2...dah kahwin la...

KAMU memang best! Banyak tempat menarik dah kita kunjungi.hehe. tapi paling banyak kali la, aku rasa dalam sejarah kita, rumah KAMU la paling kerap aku kunjungi daripada tempat2 lain. Bila berjumpa, laju je mulut KAMU ajak aku pergi sana. Memang betul la, kata orang mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ni la sering kita bualkan kalau timbulnya isu bercakap laju ni. Satu keluarga KAMU ni memang aku tabik spring...! cakap memang kalah orang lain. Memang mantap dan terhebat. Orang lain boleh tercengang dengar diorang je bercakap. Macam2 topik terhangat, tersejuk berjaya dikupas dengan baik dan bernasnya. KAMU selalu cakap, ‘kami semua ni memang tak ada yang gagap, semua dah dilatih sejak kecil’ tengok hasil dia memang mantap2...hehe...rindu la pulak kalau ingat kisah bila aku berkampung dekat rumah KAMU ni. Siap bawa beg baju lagi nak duduk berhari-hari walaupun rumah tak ada la jauh mana.hehe...teringat pula, bila aku angkat beg je, KAMU kata dengan nada lawak tak terkiranya ‘DAH FIKIR HABIS-HABIS KE’ lagak macam aku nak lari n tinggalkan rumah.hehe...ada lagi, tak habis kat situ..KAMU dan keluarga kamu merangkap mak dan kakak yang satu kepala, berjaya membuat lawak ala-ala aku tersingkir daripada AKADEMI FANTASIA bila angkat beg.. ‘weh...nun tersingkir...AFUNDI tak cukup.’ Cis, ingat aku pelajar akademi fantasia ke...hehehe...nehiiiiiiii......

Sekarang aku sedih sangat. Entah la, mungkin aku rasa kerana status yang merubah perhubungan kita. Bukan setakat tu, dulu KAMU lah yang menjadi peneman setia ku bercerita tentang apa-apa sahaja, dah makin berahsia denganku. Suatu hari daripada DIA,aku mendapat berita yang sangat menyedihkan. Itupun melalui ’chatting’ aku bersama DIA yang juga dah makin jarang berhubungan. Memang nasibku malam itu, DIA bercerita tentang kisah sedih yang sedang KAMU lalui kini. Malam itu, aku menangis kerana mengenangkan nasib kamu sekarang. Saat bahagia yang baru kamu kecapi bersama orang tersayang didatangi ujian yang sangat besar. Daripada DIA, aku dapat tahu yang KAMU menghidapi ketumbuhan. Aku sedih, kerana KAMU tidak bercerita. Aku sedih kerana KAMU berahsia. Aku sedih kerana KAMU tidak berkongsi.Aku teramat sedih kerana KAMU sakit. Aku teramat2 sedih kerana KAMU menderita. Mungkin kehadiranku, tidak boleh membantu, tapi berilah aku peluang untuk berkongsi rasa dan penderitaan yang KAMU alami sekarang seperti mana KAMU sedia berkongsi cerita denganku sebelum ini. Aku MINTA MAAF, kalau sebelum ini aku mengabaikanmu. Aku minta maaf untuk segala-galanya. Aku masih menunggu kehadiran message keduamu seperti mana yang KAMU janjikan selepas balasan message pertamaku sebelum ini. Tunggu lah aku bercerita panjang selepas ini, kata KAMU...............

Buat DIA dan KAMU...
‘BATU KAWAN’ tetap d hati...

0 comments:

Post a Comment